8.4.13




Posto.


X de motip sungguh tajuk tu. Eh assalamualaikum and hi ^,^ Rindu dekat aku kaa? Haha. Nonsense. Lama tak write a new post. Otak pun dah blank padahal masa nk on komputer punya semangat mengarang dalam fikiran. 

So, i decide to review my notes dalam fon tu. Godek2 jumpa la notes pasal hari kantin skam. Sekolah rendah aku tuu. Zaman hingusan, zaman retro, zaman skema and bla bla bla. Here are the notes:

"......"

Location: skam (childhood memories)
Time : 7.22 am.

- I'm alone! Huhua. Happy, glad buat at the same time nervous kot? Mana kawan2 gua nih. Happy aaa sebab boleh jumpa member.. err nervous sebab nanti cigu tanya result. eheh..*watching kids* oh my Allah! Budak2 ni comelnyee..kecik2, ketod2.. geram, rasa nak cubit je pipi.

Time : 8.23 am.

Mana diorang ni..hmm..Dok menengok adik2 ni exercise senamrobik, rasa macam nak join.. well, dulu saya pasukan aerobik sekolah you tau..hehe..huh, bau laksa ni menusuk qalbu betul, dahla perut aku tengah kosong mintak diisi. Tak pasal karang aku serbu jugak. Haha!~ tetibe senam chicken dance pulak. Kelakarnye.


Ok.Thats it. Notes aku pendek je sebab lepas tu ustaz panggil suruh tolong goreng fishball la keropok lekor la. Dok khusyuk jadi surisekolah setengah jam, Myra and Eanass akhirnya sampai jugak. Berabad nak tunggu diorang ni pun. Well, Myra suka bangun lambat. HAHA. Sori myra :p Marah jangan aaa. Pastu minta izin ustazah nak merendek. Move on. Nama je hari kantin, tapi makan nasi lemak dengan air bandung. Aku share dengan Eanass. Myra tamak, minum sorang air sirap. Dah habis tu jumpa la cigu-cigu, salam2, talking2. Eanass cari adik dia izzatul, aku suggest la pegi cari dekat belakang sekolah sebab tadi nampak macam dia pegi sana. Alih2 takde. Yang dijumpanya kitorang sekolah pra tadika. Siap dengan buaian, papan gelongsor. Apa lagi, gasak laa. Haha, main2 pastu tempat tu jadi port kitaorang untuk ambil gamba.









 myra wa eanass







 Ni cigu sains kitorang


 Terselah kesepetan mata







Dalam jam 10.15a.m, eanass hantar myra dengan aku balik umah myra. Punya lama la borak.

What next ??






The end..aku balik umah. Penat aaa.


6.3.13



Kehidupan



Kesenangan yang datang tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman

Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
I
ngatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ? kan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan

5.3.13




Car + License.


*entry kali ini agak panjang, jangan sampai pengsan. hehe :)

Assalamualaikum, hey, hi, apa khabar, whats up.

Headache =,= Well, sudah menjadi kebiasaan budak2 lepasan SPM bila sebut pasal lesen. Aku pun tak terkecuali. Baru dapat lesen P on 24 Feb @ ahad. Nak dijadikan cerita, sebenarnya start daftar awal bulan 12 last year. Lepas 3 weeks baru pegi buat ujian komputer, err 31 dis 2012? hehe. Alhamdulillah i'm pass with "flying colours" 47/50 :) Ditakdirkan Allah, tarikh aku berlajar berlatih kereta yang 8 jam tu start awal bulan feb dan tarikh dia semua dekat2.

Biasalah kan, tak pernah pegang stereng sendiri, bawa manual. Semua jadi ketar-ketar, halai balai. Hey, at least my sister penah bawa our mothers' car dekat our housing area. Aku tak dapat chance pun nak buat cenggitu sebab dah dijual dan digantikan dengan kereta auto =,="


Proceed, 3 hari aku dapat cikgu yang sama. Alhamdulillah..sebab dia tak garang tapii tegas. Second day tu entah macam mana, satu badan mengigil. Dok teringat first day naik atas bukit tak lepas. Dahtu kena marah sikit. Sikit la:} Aku ni kadang-kadang paranoid :p Suka fikir lebih. 



Disebabkan faktor fizikal dan mental aku yang tak tentu hala, aku cari ikhtiar nak bagi jantung aku ni tenang. Aku doa dekat Allah. But, tak menjadi. Tiba-tiba otak aku seperti dijentik. Allah bagi idea~ Baru teringat, memo dalam fon! Aku ada tulis kalau hati tak tenang, jiwa kusut, nak mudah sakaratul maut, rezeki murah and so on baca nama2 Allah yang sekian-sekian. Every time kalau dapat sesuatu yang bermanfaat dari mana-mana sumber, aku suka rewrite dalam memo. Maybe hampa-hampa boleh cuba buat, do something and get benefits from it! Aku baca banyak kali Ya Qudus, Ya Wahid, Ya Bashir, Ya Latif, Ya Mu'min dengan Allahuma Rabbi Yassir Wala Tua'ssir- Ya Allah Ya Tuhanku, Kau mudahkanlah jangan Kau susahkan. 


And all praise to Allah, esoknya hati aku tenang. Semua lancar. Balik dari latihan, terus solat asar. Memanjatkan kesyukuran kepada-Nya. Menangis, sebab aku dapat rasa yang Allah bantu aku. Tak sangka doa aku sebagai hamba-Nya yang hina ini, didengari :'( 

Begitu juga yang terjadi bila aku nak kena test jpj. Pengawai yang test untuk jalan raya tu seriously garang. Berapa banyak kesalahan yang aku buat. Dalam hati doa dekat Allah dengan tawakal je. Fail pun fail laa, janji dah buat yang terbaik. And yes, Allah lancarkan semuanya. Dia lembutkan hati pengawai tu. Dannn Lulusss, sebak lagi ;'[ 

So, perkara yang nak ditekankan dekat sini bukan pasal lesen kereta aku, sebab walaupun aku dah dapat P, aku bukannya praktis pun blaja kereta auto tu selalu. hehe. Takat nak pi kedai tu boleh laa, jalan raya belum lagi. 

Just remember, Allah selalu ada untuk kita, jangan lupa Dia. Dia yang bagi kita udara, air, angin, kehidupan. Memang aku bukan yang terbaik untuk menasihati orang lain. Tapi sekurang-kurangnya, aku dapat menyampaikan sesuatu yang baik untuk dikongsi.

Let's spread Allah loves.

2.3.13



Subuh


Adik ketiga aku, Amirah tidur dekat hall, masa tu around 11 pm. On my way to parents room, tiba-tiba dia bangun. Aku yang kehairanan bertanya

"Mira, nak gi mana?" 

Dia senyap dengan menunjukkan muka mamai seraya menuju ke bilik air dan mengambil air wudhuk. Hati kecilku bermonolog  

"budak ni bukan dah solat isya' kaa" 

Perjalanan aku diteruskan sahaja ke bilik mak dan ayah, 

"mungkin dia tak solat lagi kott.." fikir aku. 

Sejurus keluar dari bilik, adikku sedang berdiri sambil menadah tangan.. 

"budak ni mereng ke ape..baca doa qunut, solat subuh kaa..tapi.. bru pkul 11 lebih..o,o' ??"

Usai solat subuh (???) aku bertanya kepada dia

"Mira solat apa?"

"Solat subuh laa, ishh"

"Solat subuh?? haiih, sekarang bru pkul 11 lebih..harini sabtu..esok ahad baru sekolah (kedahan)"

"Mana ada..ish akak ni..betul la solat subuh"

"Laa..minah ni..tak percaya sudah"

Lantas aku mengambil telefon dan menunjukkan jam kepada dia..Tekejut dia...Apalagi. Ketawa la aku. Segera aku memberitahu mak dengan ayah. Lagi rancak la irama gelak tawa. Barangkali dia malu..terus menutup mukanya dengan telekung dan masuk ke bilik sambil menangis..

"wuuuu..wuuu..isk...isk.."

Tido.