Subuh
Adik ketiga aku, Amirah tidur dekat hall, masa tu around 11 pm. On my way to parents room, tiba-tiba dia bangun. Aku yang kehairanan bertanya
"Mira, nak gi mana?"
Dia senyap dengan menunjukkan muka mamai seraya menuju ke bilik air dan mengambil air wudhuk. Hati kecilku bermonolog
"budak ni bukan dah solat isya' kaa"
Perjalanan aku diteruskan sahaja ke bilik mak dan ayah,
"mungkin dia tak solat lagi kott.." fikir aku.
Sejurus keluar dari bilik, adikku sedang berdiri sambil menadah tangan..
"budak ni mereng ke ape..baca doa qunut, solat subuh kaa..tapi.. bru pkul 11 lebih..o,o' ??"
Usai solat subuh (???) aku bertanya kepada dia
"Mira solat apa?"
"Solat subuh laa, ishh"
"Solat subuh?? haiih, sekarang bru pkul 11 lebih..harini sabtu..esok ahad baru sekolah (kedahan)"
"Mana ada..ish akak ni..betul la solat subuh"
"Laa..minah ni..tak percaya sudah"
Lantas aku mengambil telefon dan menunjukkan jam kepada dia..Tekejut dia...Apalagi. Ketawa la aku. Segera aku memberitahu mak dengan ayah. Lagi rancak la irama gelak tawa. Barangkali dia malu..terus menutup mukanya dengan telekung dan masuk ke bilik sambil menangis..
"wuuuu..wuuu..isk...isk.."
Tido.



aimi , bahasa baku gila kot . haha ,
ReplyDeletexcted nk amik result la tue
hehe, mempraktikkan bahasa melayu aku yang sudah lama berkarat ? sekali sekala. excited? haha, xde feel ni :p
ReplyDelete